CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 24 September 2013

BBM YANG DIHASILKAN UNTUK MENGAJAR KANAK-KANAK MENULIS HURUF

GAMBAR 1 : CARA MENULIS HURUF 'A' DAN 'a' DENGAN BETUL

HASIL KUNJUNGAN KE PAMERAN BBM MAJOR PENDIDIKAN KHAS

TARIKH : 17 SEPTEMBER 2013
TEMPAT : DEWAN ZAABA IPG KBM


























APA ITU LINUS ?


DEFINISI KONSEP
 Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Definisi Literasi: Definisi literasi adalah “keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap Isekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF
Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.
 Objektif Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.

KUMPULAN SASARAN
 Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

KANDUNGAN PROGRAM
 Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah.Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam.

BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI
 Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modulpengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini.Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

PELAPORAN
 Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

PERJAWATAN
Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Program LINUS di sekolah. Jawatan Guru Pemulihan Khas akan ditambah di sekolah bagi melaksanakan Program LINUS.

PENUTUP
 Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysiauntuk mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.


SUMBER : http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.html

AKTIVITI BERMAIN DENGAN PERKATAAN SECARA LOKOMOTOR

PERMAINAN 'TOM AND JERRY'

Monday 23 September 2013

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT










BONEKA / PUPPET


Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah“hidup”. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkanwatak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain.Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibacaataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawaboneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatianpelajar, menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnyamemotivasikan pelajar.Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapiboleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan ceritayang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupunbunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka bolehdimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak

KEPENTINGAN BONEKA DALAM MEDIA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Boneka digunakan untuk menyampaikan cerita atau mesej yang berkesan dan efektif. Sewaktu persembahan boneka,  pendengar boleh terlibat secara tidak langsung dengan menyahut dialong pemain boneka. ini akan memberi pendedahkan kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif  dalam mencipta dan merangsang daya imaginasi murid. Secara tidak langsung ianya memberi peluang kepada murid-murid pengalaman belajar bekerjasama dalam kumpulan.
  • Memenuhi fitrah kanak-kanak yang gemar bermain.
  • Konsep Pembelajaran kanak-kanak adalah belajar sambil  bermain.
  • Penggunaan boneka akan menceriakan situasi P&P dan menghilangkan rasa bosan kanak-kanak.
  • Digunakan sebaga ABM / BBM / BBB untuk proses P&P

JENIS-JENIS BONEKA :

1) Boneka Jari
Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka. Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jarikanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari

2) Boneka Tangan
Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkankeseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk.Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor,bekas dadih dan lain-lain supaya menarik.Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan mereka lebih bebas.

3) Boneka berbatang
Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakanoleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akandilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagianbadan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut.Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel.

4) Boneka tali
Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupabentuk. Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikatdengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akandibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali. Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan bolehberupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar masuk sesuatu watak.

5) Shadow Pupppets
Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengannyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pulaboleh menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun boneka yangmenggunakan pemegang kayu .Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak untuk memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarikseperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dansayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita.


BERIKUT MERUPAKAN HASIL BONEKA/ PUPPET YANG TELAH KUMPULAN SAYA HASILKAN.
BONEKA BERBATANG : PEPATUNG


Wednesday 18 September 2013

MENJALANKAN P&P BERBENTUK LAKONAN DI DALAM KELAS ( CONTOH)

Video 1 : Melakonkan watak sebagai gajah. 
Video 2 : Melakonkan watak sebagai singa
Video 3 : Melakonkan watak sebagai kucing

MENGGUNAKAN SCREENCASTOMATIC DALAM SESI P&P (BELAJAR MENGIRA DAN MENGEJA)



AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL(KOLAJ)


HASIL KOLAJ YANG DIHASILKAN :

GAMBAR 1 : KUCING

GAMBAR 2 : GAJAH


TEORI INTERAKSIONALIS


PELOPOR : HALLIDAY

*      Berkembang dalan Tahun 60an
*      Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973),Gromer (1976) dll
*      Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa – hanya boleh manfsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa.
*      Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi lingguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat
*      Mementingkan aktiviti komunikasi.
*      Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
*      Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa.
*      Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.
*      Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain
*      Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.
*      Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.
*      Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.
*      Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.
*      Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.

PANDANGAN DALAM P&P
*      Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik
*      Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p
*      Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna
*      Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
*      Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak
*      Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betul

PRINSIP P&P INTERAKSIONALIS
*      Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi
*      Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
*      P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna

KELEBIHAN TEORI INTERAKSIONALIS
*      Merupakan interaksi sosial harian.
*      Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.
*      Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.
*      Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.


KELEMAHAN TEORI INTERAKSIONALIS
*      Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.
*      Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial.
*      Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas.
*      Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat.

TEORI MENTALIS


PELOPOR :  CHOMSKY
*      Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky)
*      Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi
*      Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif
*      Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.
*      Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
*      N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD.
*      Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
*      Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
*      proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
*      proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ).
*      proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.
*      tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
*      Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.
*      Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia.
*      Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.


CIRI TATABAHASA
*      Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur
*      Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami
*      Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis

HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P
*      Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi
*      Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan
*      Tulisan dan bacaan diutamakan
*      Pendekatan Analisis
*      Kaedah: kod-kognitif
*      Teknik:  hafalan

Tuesday 17 September 2013

TEORI BEHAVIOURISME

PELOPOR : B.F. SKINNER
*      Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.
*      Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P.
*      Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
*      Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran.
*      Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi.
*      Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan.
*      Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan.
*      Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar.
*      Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak.
*      Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
*       B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.
*      Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.

PRINSIP TEORI BEHAVIORISME
*      Bahasa yang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting
*      Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan
*      Pengukuhan penting dalam P&P
*      Latihan bahasa perlu diperkukuhkan
*      Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan
*      Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&P

HUBUNGAN TEORI BEHAVIORISME DALAM P&P
*      Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis.
*      Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji.
*      Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
*      Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa

KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME
*      Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.
*      Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.
*      Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.
*      Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.
*      Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.
*      Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME
*      Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.
*      Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.
*      Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.
*      Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.
*      Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.
*      Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru.
*      Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
*      Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.
*      Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

TEORI KOGNITIF


PELOPOR : JEAN PIAGET

KONSEP PENTING YANG DIUTARAKAN OLEH JEAN PIAGET
*       Skema
*      Asimilasi
*      Akomodasi
*      Adaptasi

SKEMA
*      Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
o   Contohnya:
o   Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
*      Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.

ASIMILASI
*      Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
*      Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
o   Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
*      Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.
AKOMODASI
*      Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
*      Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
o   Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

ADAPTASI
*      Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
*      Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.
*      Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
*      Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.

TAHAP – TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF
*      Tahap Sensorimotor atau deria motor
(dari lahir hingga 2 tahun)
*      Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
*      Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun)
*      Tahap Operasi Formal
(12 tahun hingga dewasa)

1. TAHAP SENSORIMOTOR
*      Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
*      Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.
*      Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.
*      Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).

2. TAHAP PRAOPERASI
*      Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
*      Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan.
o   Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
*      Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.
o   Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

3. TAHAP OPERASI KONKRIT
*      Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik.
*      Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
*      Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
*      Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
*      Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.
*      Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
*      Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak.

4. TAHAP OPERASI FORMAL
*      Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima.
*      Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.
*       Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

KELEMAHAN TEORI PIAGET
*      Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas.
*      Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

KEKUATAN TEORI KOGNITIF
*      Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
*      Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
*      Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.