PELOPOR : B.F. SKINNER
* Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.
* Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P.
* Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
* Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran.
* Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi.
* Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan.
* Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan.
* Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar.
* Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak.
* Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
* B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.
* Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.
PRINSIP TEORI BEHAVIORISME
* Bahasa yang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting
* Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan
* Pengukuhan penting dalam P&P
* Latihan bahasa perlu diperkukuhkan
* Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan
* Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&P
HUBUNGAN TEORI BEHAVIORISME DALAM P&P
* Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis.
* Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji.
* Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
* Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa
KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME
* Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.
* Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.
* Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.
* Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.
* Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.
* Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.
KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME
* Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.
* Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.
* Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.
* Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.
* Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.
* Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru.
* Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
* Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.
* Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment