PELOPOR : JEAN PIAGET
KONSEP PENTING YANG DIUTARAKAN OLEH JEAN PIAGET
* Skema
* Asimilasi
* Akomodasi
* Adaptasi
SKEMA
* Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
o Contohnya:
o Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
* Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.
ASIMILASI
* Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
* Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
o Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
* Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.
AKOMODASI
* Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
* Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
o Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
ADAPTASI
* Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
* Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.
* Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
* Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.
TAHAP – TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF
* Tahap Sensorimotor atau deria motor
(dari lahir hingga 2 tahun)
* Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
* Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun)
* Tahap Operasi Formal
(12 tahun hingga dewasa)
1. TAHAP SENSORIMOTOR
* Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
* Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.
* Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.
* Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).
2. TAHAP PRAOPERASI
* Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
* Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan.
o Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
* Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.
o Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.
3. TAHAP OPERASI KONKRIT
* Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik.
* Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
* Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
* Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
* Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.
* Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
* Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak.
4. TAHAP OPERASI FORMAL
* Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima.
* Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.
* Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.
KELEMAHAN TEORI PIAGET
* Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas.
* Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.
KEKUATAN TEORI KOGNITIF
* Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
* Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
* Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.
No comments:
Post a Comment