PELOPOR : CHOMSKY
* Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky)
* Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi
* Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif
* Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.
* Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
* N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD.
* Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
* Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
* proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
* proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ).
* proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.
* tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
* Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.
* Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia.
* Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.
CIRI TATABAHASA
* Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur
* Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami
* Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis
HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P
* Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi
* Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan
* Tulisan dan bacaan diutamakan
* Pendekatan Analisis
* Kaedah: kod-kognitif
* Teknik: hafalan
No comments:
Post a Comment