CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 17 September 2013

TEORI BEHAVIOURISME

PELOPOR : B.F. SKINNER
*      Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.
*      Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P.
*      Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
*      Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran.
*      Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi.
*      Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan.
*      Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan.
*      Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar.
*      Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak.
*      Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
*       B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.
*      Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.

PRINSIP TEORI BEHAVIORISME
*      Bahasa yang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting
*      Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan
*      Pengukuhan penting dalam P&P
*      Latihan bahasa perlu diperkukuhkan
*      Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan
*      Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&P

HUBUNGAN TEORI BEHAVIORISME DALAM P&P
*      Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis.
*      Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji.
*      Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
*      Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa

KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME
*      Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.
*      Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.
*      Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.
*      Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.
*      Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.
*      Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME
*      Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.
*      Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.
*      Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.
*      Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.
*      Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.
*      Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru.
*      Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
*      Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.
*      Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

No comments:

Post a Comment