CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 17 September 2013

TEORI KOGNITIF


PELOPOR : JEAN PIAGET

KONSEP PENTING YANG DIUTARAKAN OLEH JEAN PIAGET
*       Skema
*      Asimilasi
*      Akomodasi
*      Adaptasi

SKEMA
*      Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
o   Contohnya:
o   Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
*      Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.

ASIMILASI
*      Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
*      Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
o   Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
*      Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.
AKOMODASI
*      Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
*      Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
o   Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

ADAPTASI
*      Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
*      Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.
*      Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
*      Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.

TAHAP – TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF
*      Tahap Sensorimotor atau deria motor
(dari lahir hingga 2 tahun)
*      Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
*      Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun)
*      Tahap Operasi Formal
(12 tahun hingga dewasa)

1. TAHAP SENSORIMOTOR
*      Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
*      Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.
*      Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.
*      Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).

2. TAHAP PRAOPERASI
*      Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
*      Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan.
o   Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
*      Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.
o   Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

3. TAHAP OPERASI KONKRIT
*      Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik.
*      Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
*      Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
*      Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
*      Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.
*      Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
*      Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak.

4. TAHAP OPERASI FORMAL
*      Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima.
*      Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.
*       Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

KELEMAHAN TEORI PIAGET
*      Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas.
*      Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

KEKUATAN TEORI KOGNITIF
*      Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
*      Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
*      Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

No comments:

Post a Comment